d a w n f a n t a s y わたしのいのちのにっき: Hari Kedua !

Hari Kedua !


Sambungan dari case 1~

 Seperti biasa Ina perlu bangun awal pagi untuk pergi ke Sekolah Memandu.. Setelah siapkan diri, Ina pun bersarapan pagi dengan masakan ibunya, Nasi Lemak.. Hari ini Ina dan teman-temannya akan menjalani Ujian Berkomputer.. As usual, ina and her friends wait for the bus at common place, then after a few minutes, bus were arrived... 

Setelah sampai di sekolah memandu, Ina dan teman-temannya diminta pergi ke kaunter pendaftaran.. Kemudian, kakitangan di situ meminta kami membuat latihan komputer itu di bilik komputer sementara menunggu van sampai untuk menjalani Ujian Berkomputer di Hulu Bernam.. 


Dengan hati yang penuh dengan debaran, Ina membaca buku itu dengan sekilas saja untuk mengingatkan diri tentang isyarat-isyarat lalu lintas serta undang-undang jalan raya.. Kemudian, Ina bersama temannya saling tukar soalan untuk melancarkan lagi ingatan mereka.. Bukan la mereka takut untuk menjalani ujian itu tetapi mereka lebih risaukan keputusannya nanti.. Ramai orang kata ujian ini bukan la susah mana, kalau nak lulus tu memang sangat mudah.. 

Sesudah van sampai, mereka perlu menaikinya untuk pergi ke Hulu Bernam.. Seramai 15 orang yang akan menjalani ujian itu, terdapat seorang pak cik dan selebihnya rakan-rakan muda.. 

Di Hulu Bernam~

Ina dan temannya itu akan jawab ujian KPP itu di Pejabat MYEG.. Selepas membuat pendaftaran, dan juga mengambil gambar di situ, kami semua akan mula menjawab ujian tersebut.. 

Sejam berlalu~

Tiba la masa untuk menerima keputusannya.. Ketika nama Ina dipanggil, semakin kuat pula debaran jantungnya.. Apabila keputusan itu sudah berada di tangannya, Ina melihat kertas itu.. LULUS! Itu la perkataan pertama yang dilihatnya.. Ina telah mendapat markah sebanyak 47 dari 50 soalan.. ' Yess! Yess! Akhirnya lulus juga aku.. Alhamdulillah~ ' kata hati Ina.. Teman-teman yang lain ada yang LULUS, juga yang GAGAL.. Kasihan mereka.. 

Ketika hendak pulang, Ina terdengar satu perbualan ini~
A : Aku gagal la.. (Dengan perasaan hampa)
B : Aku pun, aku dapat 30 lebih je.. Ada pulak soalan tu dia tanya pasal mabuk.. Aku mana la tau.. 
Ina hampir nak ketawa bila terdengar keluhan dia tu.. ' Kenapa la dia tak boleh jawab, ada je dalam buku tu.. Tu la, tak baca elok-elok.. Main-main je tau, dah kena ulang lagi test tu.. ' Ina berkata-kata dalam hatinya..

Ketika di KKB~

Ina mula bosan menunggu bas yang tak sampai-sampai lagi.. Sementara menunggu~ Ina teringatkan sorang kawan ni.. Dia mula hantar mesej kat orang tu.. Dengan hati yang gembira Ina mulakan perbualan dengan lawak jenaka.. tapi orang tu macam nak tak nak mesej je.. Ina pun mula la rasa lain macam.. Then, bila orang tu balas mesej Ina, mesejnya macam dalam keadaan marah.. "Aku dah mula tawar hati dengan kau.. Dah malas nak layan kau dah.. " kata orang tu.. ' What? Dia hantar mesej macam tu.. Aish!! Hilang mood aku..' kata hati Ina.. Ina membalas mesej itu dengan kata maaf sepanjang perkenalan kemudian terus diam.. 

Beep! Beep! Bunyi pesanan mesej masuk.. ' Mesti orang tu yang mesej.. ' sangka Ina.. Setelah membaca mesej tersebut, dengan perasaan yang geram Ina terus mendiamkan diri tanpa membalas sepatah kata..  Masa pun berlalu begitu saja..

Case 2



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 bintang kelip-kelip:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen