d a w n f a n t a s y わたしのいのちのにっき: Bila Hati Mula Bicara..

Bila Hati Mula Bicara..


Assalamualaikum !




Hari ni perasaan ku tidak keruan. Entah mengapa hati ku jadi sayu, sedih.. Tak siapa tahu apa yang terkandung dalam hati ini.. Perasaan marah pun menjelma apabila ada perkara yang tidak disukai berlaku di depan mata, bukan benci tapi perasaan yang membuatkan aku rasa annoying. Bukanlah niat ku nak marah kan sesiapa cuma buat seketika ini jangan lah ganggu perasaan ini.. 

Maafkan aku jika aku sudah menyentuh perasaan kau, menjadi sedih dan sakit hati juga.. Tidak ku sengaja membuat sebegitu rupa. Bila perasaan marah menyelubungi hati maka apa yang dilakukan adalah perkara yang tidak terlintas langsung di akal pemikiran ini.. Maafkan aku!! 

Diri ini sentiasa mencari sesuatu untuk dilepaskan perasaan yang sedang tidak keruan malah fikiran yang serabut, tapi tidak jumpa apa yang ingin dicari.. But, finally! Aku luahkan saja perasaan ini di blog ini.. Bukanlah aku sengaja ingin menceritakan kepada umum, tapi hati ini perlukan teman untuk meluahkan perasaan.. Bukankah itu yang sepatutnya kita lakukan untuk meluahkan rasa?? 

Mungkin aku tidak sesuai meluahkan rasa hati ini terhadap orang yang rapat denganku.. Hmm.. Entahlah, cuma hati ini yang berkata begitu.. Argghhhh!!!!!!!!!!!! Hati ini terasa ingin menjerit saja, tapi mulutku terasa seperti terkunci, I just can't do it!  At last, Im just crying on my bed... 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 bintang kelip-kelip:

MissUnknown said...

Ciannyer die... ;(

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen