d a w n f a n t a s y わたしのいのちのにっき: Menitis Air Mata Ibu kerana Seorang Anak

Menitis Air Mata Ibu kerana Seorang Anak


Assalamualaikum..

Tanggal 19 bulan November bersamaan 5 Muharram tahun 1434H, adalah hari yang paling bermakna buat adik bongsuku kerana dia akan mengambil keputusan UPSR di sekolahnya.. Di waktu pagi yang indah dengan suasana yang nyaman dan sejuk, dia bergegas ke sekolah bersama ibuku selepas bersarapan pagi.. Dengan perasaan yang tidak keruan, dia membawa diri ke sana..

Selepas beberapa jam~

Adikku pulang bersama keputusan di tangannya,.. Dengan hati yang sedang tertanya-tanya, aku bertanya.. " Macam mana result? Dapat berapa?? " bertanya dengan sebuah senyuman.. Kemudian, aku melihat resultnya.. Wahh!! 






Alhamdulillah! Dapat 5A! Tak pernah ku sangka dia akan dapat result yang gempak tu.. Dan, akhirnya dia minta hutangnya pada aku.. Apa dia ya?? Ohh! Belanja dia makan.. Amboi! Cepatnya dia mintak ya.. Tak padan dengan kecik.. :) Tak pe, disebabkan aku dah janji dengan dia, InsyaAllah aku akan bawa dia pergi makan.. 

Sedang aku duduk bersantai di hadapan laptop ni, ibuku bercerita macam mana ibuku dapat tahu resultnya.. Semasa ibu menunggu di dalam kelas adikku itu, cikgunya memanggil nama adikku.. Kemudian mereka bangun untuk mengambil result tu.. Setelah sampai result di tangan, ibuku mengalirkan air mata gembira.. Ibuku juga tak menyangka yang adikku boleh dapat result yang cemerlang, ibuku fikir mungkin dia akan dapat result yang biasa-biasa je.. Mana taknya, adik aku yang sorang ni memang sangat nakal orangnya, nak kata baca buku?? Hmm.. Tak yah cakap la, memang susah nak nampak dia pegang buku tu.. 

Ayahku, adik-adikku yang lain juga memang tak sangka, siap nak tengok sendiri keputusannya tu.. Haha.. Adik adik~ (menggeleng kepala) By the way, CONGRATULATIONS to you~ :)

No matter what you have, you still have a long journey to achieve your dreams!! And keep it up and be strong to get there! Good Luck my lil brother..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 bintang kelip-kelip:

kinara kinatara said...

wah..tahniah untuk adik awak..kina nak follow kat ne nyh..kat butte hityam atas 2 dah limit..
google connect xdek eh?

Miss Risu said...

thanks!! :)
ohh.. yeke? risu tak tau pulak.. hehe.. jp eh, try tgk dulu..

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen